15 June 2021

Mangsa rogol oleh Inspektor Polis didakwa edar dadah , Perogol dibebas

Mangsa rogol didakwa edar dadah , Perogol dibebas




  KOTA BHARU – Seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor yang ditahan selepas dipercayai merogol dan memaksa seorang tahanan wanita melakukan seks oral dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, suspek yang berusia 29 tahun itu dibebaskan hari ini selepas menjalani tempoh tahanan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan kes tersebut.

Katanya, kes akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

“Sebelum ini, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377C kanun sama iaitu kesalahan melakukan seks luar tabii.

“Bagaimanapun, pegawai polis itu akan bertugas seperti biasa kerana dia masih belum didapati bersalah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. 

Source Link





 Kota Bharu:
Seorang ibu tunggal yang mendakwa dirinya diperkosa pegawai polis dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis methamphetamine.

Wanita berkenaan dituduh bersama bekas suaminya dan tiada pengakuan direkodkan daripada mereka selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh masing-masing berusia 29 dan 28 tahun itu didakwa mengedar dadah disyaki jenis methamphetamine dengan berat kasar 61 gram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, mereka didakwa ada dalam kawalan mereka dadah disyaki jenis methamphetamine dengan berat kasar 13.6 gram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bunut Payong, kira-kira jam 4.20 petang, pada 4 Jun 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia.

Akhbar sebelum ini melaporkan, wanita dua anak yang bekerja sebagai pembantu rumah mendakwa menjadi mangsa rogol membabitkan seorang pegawai penyiasat polis berpangkat Inspektor, minggu lalu.

Susulan kejadian itu, pegawai polis terbabit ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis semalam.

Source Link








  KOTA BHARU: Wanita yang dipercayai dirogol pegawai polis minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini bersama bekas suaminya atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis methamphetamine.

Namun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh masing-masing berusia 29 dan 28 tahun didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 61 gram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, pasangan bekas suami isteri itu didakwa telah ada dalam kawalan mereka dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 13.6 gram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan mereka berdua di sebuah rumah di Kampung Bunut Payong kira-kira pukul 4.20 petang pada 4 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela. Mahkamah menetapkan tarikh 15 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.

Terdahulu, tertuduh wanita yang merupakan ibu kepada dua anak itu dipercayai dicabul sebelum dirogol seorang pegawai penyiasat narkotik berpangkat inspektor yang menyiasat kes dadah tersebut, minggu lepas.

Bagaimanapun, pegawai terbabit dilepaskan dengan jaminan polis semalam selepas ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes itu. 

Source Link





 KOTA BHARU - Seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol seorang inspektor polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis pil kuda dan memiliki syabu.

Ibu dua anak berusia 28 tahun itu dituduh bersama bekas suami yang berusia 29 tahun di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa secara bersama-sama mengedar pil kuda atau dadah jenis metamphetamine dalam anggaran berat kasar 61 gram di sebuah rumah di Kampung Bunut Payong di sini pada jam 4.20 petang, 4 Jun lalu.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, mereka hendaklah dihukum mati.

Pada pertuduhan kedua, mereka didakwa memiliki syabu dianggarkan seberat 13.6 gram pada masa, tarikh dan di lokasi yang sama.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan seksyen berkenaan, pesalah boleh dihukum penjara antara dua hingga lima tahun dan sebat antara tiga hingga sembilan bagi lelaki.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 15 Ogos depan.

Pembantu rumah wanita dan bekas suaminya yang bekerja sebagai buruh itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Kota Bharu di rumah wanita terbabit pada 4 Jun lalu.

Source Link

 




  KOTA BHARU - Seorang pegawai penyiasat narkotik berpangkat inspektor direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu bagi membantu siasatan kes rogol seorang tahanan lokap berstatus janda.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar 

Mahkamah Majistret, Mohd Rusli Ahmad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 27 tahun ditahan di lokap bagi membantu siasatan berhubung kes rampasan dadah.

Beliau berkata, mangsa ditangkap bersama bekas suaminya dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu pada Jumaat lalu.

“Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis syabu dan pil kuda. Mangsa seorang suri rumah dan bekas suaminya itu direman di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa selama tujuh hari sehingga Jumaat ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, ketika dalam tahanan, suspek merupakan pegawai penyiasat kes berkenaan membawa mangsa dari lokap ke bilik pejabat narkotik untuk siasatan.

“Semasa berada di dalam bilik itu, suspek dipercayai memaksa ibu tunggal dua anak itu melakukan oral seks dan persetubuhan.

“Menurut dakwaan mangsa, suspek menyatakan bahawa kesnya boleh selesai sekiranya menuruti kehendak suspek,” katanya.

Wan Khairuddin berkata, pegawai penyiasat berkenaan sudah berkahwin dan perintah reman berkuat kuasa sehingga Sabtu ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana oral seks,” katanya.

Source Link



No comments:

Post a Comment