20 August 2023

Cara download video Youtube

 

Cara download video Youtube


CARA DOWNLOAD VIDEO YOUTUBE KE DALAM KOMPUTER PERIBADI ATAU TELEFON BIMBIT

 


Pada ketika ini, teknologi IT semakin berkembang maju dan pesat sekali. Maka tidak hairanlah jika ada yang mengatakan bahawa dunia di hujung jari sahaja. Sememangnya inilah kenyataan sebenar pada hari ini. Orang ramai tidak perlu menggunakan cara lama untuk pelbagai perkara. Kecanggihan peralatan elektronik pada masa ini cukup memudahkan dan menjimatkan masa.

 Bagi yang gemar menonton video di Youtube, anda juga boleh memuat turun video kegemaran anda ke dalam telefon bimbit ataupun komputer peribadi. Ia boleh ditonton semula secara offline dan dapat menjimatkan kos internet anda. Artikel ini akan menunjukkan langkah demi langkah cara memuat turun video Youtube dengan begitu mudah.

 

Cara Download Video Youtube di Hp Android

 

  1. Menambahkan ‘ss’ Pada URL Video Youtube

Untuk download video di Youtube, anda perlu menambahkan “ss” di depan url video YouTube yang ingin didownload. Cara ini boleh digunakan pada telefon bimbit android mahupun komputer peribadi. Cara ini sangat mudah dan hanya mengambil masa kira – kira 5 minit sahaja untuk melakukannya. Berikut caranya :

 

Buka browser di telefon bimbit android (anda disarankan menggunakan Google

Chrome). Buka laman web Youtube, dan buat carian video yang dikehendaki.

  1. Setelah video yang dikehendaki dipaparkan, tambahkan huruf “ss” di hadapan

url video yang ingin dimuat turun.

  1. Contoh penambahan “ss” adalah seperti berikut :

URL asal adalah https://m.youtube.com/watch?v=OsyXLA7CDX4, apabila ditambah “ss” di hadapan url video, ia akan menjadi seperti ini, https://m.ssyoutube.com/watch?v=OsyXLA7CDX4.

  1. Setelah menambah “ss”, klik kekunci enter. Anda akan dibawa ke halaman savefrom.net.
  2. Anda boleh memilih resolusi video yang ingin di muat turun, sama ada normal video atau HD video dengan resolusi 720p. Semakin tinggi resolusi video yang anda pilih, semakin besar saiz fail video yang akan di muat turun. Ia juga mempengaruhi tempoh masa dan kepantasan proses memuat turun fail.
  3. Setelah anda memilih jenis video yang akan dimuat turun, proses memuat turun video ke telefon bimbit anda akan bermula secara automatik.

 

Cara Download Video Youtube di Komputer Peribadi

 

  1. Menggunakan Laman Web Keepvide.Site

 

  1. Sekiranya anda tidak berjaya memuat turun video menggunakan kaedah penambahan “ss” di hadapan url video, anda boleh memuat turun video secara online. Terdapat banyak laman web yang anda boleh gunakan untuk memuat turun video di Youtube.
  2. Anda boleh menggunakan laman web keepvid.site. Laman web ini sering digunakan untuk memuat turun video dari Youtube.
  3. Berikut merupakan langkah – langkah untuk anda memuat turun video dari Youtube menggunakan laman web keepvid.site.
  4. Buka laman web Youtube dan buat carian video yang ingin dimuat turun
  5. Pastikan anda hanya menggunakan Google Chrome atau Mozilla sahaja

iii. Buka laman web Keepvid.site

Copy link url video Youtube yang ingin anda muat turun. Kemudian, pergi ke laman web Keepvid.site.

  1. Paste link url video ke dalam kotak kosong yang disediakan, kemudian klik download.
  2. Sekiranya butang download di sebelah kanan tidak dapat ditekan, anda tekan pada butang download mp4 yang terletak di sebelah bawah.

   3. Seterusnya anda dikehendaki memilih jenis fail dan saiz video yang akan dimuat turun. Ia terdiri dari mp4 (720p), webm (360p), mp4 (max 480p), 3gp (240p) dan 3gp (144p)

viii. Fail video akan dimuat turun secara automatik sebaik sahaja anda memilih jenis video yang dikehendaki. Sekiranya proses memuat turun tidak berlaku secara automatik, anda boleh klik pada butang download dan proses memuat turun video akan bermula.

 

  1. Menggunakan Add-ons/Extention

Add-ons atau Extension merupakan aplikasi tambahan yang terdapat pada browser dan mempunyai beberapa fungsi tertentu. Terdapat beberapa add-ons yang boleh digunakan untuk memuat turun video dari Youtube iaitu Youtube Downloader di Google Chrome dan Easy Youtube Video Downloader di Mozilla Firefox.

 

Cara untuk menggunakannya adalah seperti berikut :

  1. Cari Extension Youtube Downloader di Google Chrome dengan cara melakukan pencarian di Google Chrome web store terlebih dahulu. Masukkan kekunci “youtube downloader” dan klik search. Pencarian tersebut akan dilakukan terus oleh Google
  2. Setelah ianya dipaparkan, klik Add To Chrome dan Add Extension. Proses memuat turun dan penambahan add-ons akan bermula. Setelah selesai proses memuat turun add-ons, satu symbol khusus akan kelihatan di dalam chrome
  3. Buka video Youtube pilihan anda di Google Chrome. Pastikan terdapat butang download di bahagian bawah video tersebut. Klik pada butang download sekiranya ingin memuat turun dan pilih resolusi video berkenaan

 

  1. Menggunakan Aplikasi YouTube Downloader
  2. Anda juga boleh memuat turun video di Youtube menggunakan beberapa aplikasi lain

seperti Youtube Downloader dengan hanya melakukan proses ‘copy dan paste’ url

video yang dikehendaki ke Youtube Downloader.

 

  1. Anda perlu memuat turun aplikasi Youtube Downloader terlebih dahulu sebelum memuat turun video di Youtube.

 

  1. Anda juga boleh memilih kualiti video yang ingin dimuat turun supaya kualiti video yang diingini sangat memuaskan hati.

 

  1. Melalui Youtube Downloader ini juga anda boleh menjadikan video kepada audio dengan memuat turun video tersebut ke dalam fail mp3.

4. Menggunakan web Savefrom.net
  1. Buka situs YouTube di browser dan cari video yang ingin diunduh.
  2. Salin link video YouTube yang diingin diunduh.
  3. Buka situs savefrom.net di tab browser baru.
  4. Masukkan link video pada kolom yang tersedia.
  5. Pilih kualitas video yang diinginkan.
  6. Klik “Download”.






No comments:

Post a Comment